Kuala Lumpur – Hasrat usahawan kosmetik Liana Rosli atau Kak KM mahu mengambil insurans buat anak ketiganya bertukar mimpi ngeri apabila mendapat perkhabaran buruk tentang kesihatan remaja berkenaan.

Kak KM berkata terdapat lubang pada bahagian jantung anak perempuannya iaitu Rania Razman, 13, selepas membuat pemeriksaan kesihatan sebagai salah satu syarat permohonan polisi insurans kesihatan.

Baru-baru ini saya mahu mengambil insurans kesihatan untuk Rania tapi sebelum itu kami perlu membuat pemeriksaan kesihatannya terlebih dahulu.

Rupa-rupanya lubang pada bahagian jantungnya sudah membesar dan terus dirujuk ke hospital. Jadi tanpa sebarang perlindungan insurans, saya perlu tanggung segala kos rawatan yang dibuat, katanya ketika dihubungi.

Semoga Urusan Dipermudahkan

Kak KM mengulas mengenai perkara itu selepas berkongsi video di Instagram miliknya memaklumkan Rania tidak sedarkan diri selepas dibius di Institut Jantung Negara IJN.

Menerusi video tersebut, Kak KM juga dilihat sedang menangis dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan anaknya itu.

Dalam pada itu, Kak KM berkata, dia hampir pengsan sejurus melihat anaknya tidak sedarkan diri apabila diberikan suntukan bius sebelum menjalani ujian tiub di IJN.

Usahawan itu memberitahu dia kini sedang menunggu laporan kesihatan daripada pakar merawat Rania sama ada perlu menjalani prosedur lain.

Dia terpaksa menerima rawatan ujian tiub selama tiga jam dan kini sedang menunggu laporan doktor untuk rawatan seterusnya.

“Apa membuatkan saya sedih apabila doktor memberikan ubat bius dan dia terus tak sedarkan diri kaki saya terus rasa lembik macam nak pengsan,” katanya.

Sementara itu, Kak KM berkata, sejak Rania dilahirkan doktor pernah memberitahunya dan suami anaknya itu mempunyai masalah injap jantung berlubang.

Bagaimanapun katanya, Rania tidak pernah berdepan sebarang masalah kesihatan ketika kecil namun mula menunjukkan beberapa simptom apabila menginjak remaja.

“Sebenarnya sejak lahir lagi kamu sudah diberitahu doktor dia mengalami masalah injap berlubang tapi bila meningkat dewasa baru dia tunjuk beberapa simptom seperti sukar bernafas,” katanya.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!