Kuala Lumpur – Umum sedia maklum, pelakon Puteri Sarah Liyana kini sudah sah bercerai dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.
Sejak kembali single, ramai peminat tertanya-tanya adakah pelakon ini mahu cari pengganti. Ini jawapannya.
Menerusi sesi langsung di TikTok, Puteri Sarah memohon peminat mendoakan agar dia menemui jodoh secepatnya seperti yang berlaku kepada rakan artis iaitu Nad Zainal dan Mizz Nina.
Pohon Doa Orang Ramai
Doakan Sarah bertemu jodoh yang baik, yang boleh sayang Sarah dan anak-anak.

Sarah bagaimanapun berpegang kepada prinsip no turning back tak patah kembali kepada kehidupan lama.
Sarah juga tak menolak jika bakal suaminya nanti daripada industri seni hiburan tanah air. Dia tak mahu berkata tidak kerana tak tahu apa yang sudah ditakdirkan untuknya.
Terdahulu, pelakon, Puteri Sarah Liyana merancang untuk menunaikan umrah usai edah selepas perceraiannya dengan bekas suami yang juga pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.
Puteri Sarah yang sudah sah bercerai sejak 14 Jun lalu berkata, itu adalah sebagai penanda untuk permulaan baharu kehidupannya.
InsyaAllah, selepas selesai edah, saya nak mulakan hidup baharu dan menunaikan umrah. Ya, mungkin ada orang yang akan bercakap, saya dah selalu tunaikan umrah.
“Tetapi, bagi saya, Tanah Suci adalah tempat terbaik untuk saya berdoa, bermuhasabah diri dan memulakan permulaan baharu,” katanya.
Menurut Sarah, pemergiannya ke umrah selepas ini adalah bersama sahabatnya dan tidak ditemani anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.
“Saya akan ke sana bersama sahabat saya yang juga ejen umrah dan ziarah. Kali ini, anak-anak tak ikut dan saya nak fokus kepada beribadah,” katanya.
Kredit : HM/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.