Kuala Lumpur – Pelakon Puteri Sarah Liyana bersyukur hubungannya dengan bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof lebih baik selepas mereka sah bercerai pada 14 Julai lalu.
Enggan memanjangkan kemelut yang pernah terjadi, Puteri Sarah, 38, berkata dia melihat satu perkembangan positif apabila Syamsul juga lebih kerap meluangkan masa bersama dua orang anak mereka.
Selepas apa yang berlaku, Syamsul lebih kerap berjumpa anak-anak. Hubungan saya dengan dia juga lebih baik dan kami selalu berhubung memberitahu perkembangan anak-anak.
Saya melihat ia satu perkembangan yang baik dan tidak lagi seperti dahulu. Anak-anak juga sangat gembira, jadi saya mahu terus kekal begini, katanya.
Seronok Tengok Anak Gembira

Puteri Sarah ditemui di majlis sidang media malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 35 ABPH35 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.
Tambah aktres ini lagi, dia dan Syamsul juga mengambil pendekatan untuk tidak menceritakan masalah yang pernah berlaku kepada anak-anak.
Tiada sebarang pertanyaan daripada anak-anak tentang apa yang berlaku. Biarlah mereka tahu secara natural. Anak-anak pun tidak terasa ketiadaan bapa sebab Syamsul selalu ada.
“Kalau boleh saya nak terus rapatkan hubungan Syamsul dan anak-anak. Kami pun tidak menetapkan tempoh masa untuk berjumpa anak,” ujarnya.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dah hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan serta Sumayyah, 5.
Sementara itu Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin juga merancang untuk sekali lagi mengerjakan ibadah umrah selepas tamat tempoh edah.

Umrah adalah cara terbaik untuk saya mulakan hidup baru. Saya mahu berdoa dan healing, jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah bakal tampil sebagai penyampai anugerah pada malam kemuncak ABPBH35 yang akan berlangsung pada 21 Julai ini bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.