Selangor – Seramai 10 individu termasuk seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Exco negeri Pahang dikhuatiri maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di Elmina, dekat Denai Alam, Shah Alam pada Khamis petang.
Mangsa terlibat terdiri daripada lapan individu yang menaiki pesawat ringan berkenaan selain dua mangsa yang menaiki sebuah motosikal dan kereta.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
“Pesawat yang terhempas itu dalam proses untuk landing dua minit dalam proses untuk landing namun hilang kawalan dari menara,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah HTAR Klang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia CAAM turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 Premier 1 nombor pendaftaran N28JV telah terhempas pada petang Khamis.
Pesawat yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah, pada jam 2.08 petang, dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Saksi Cerita
“Saya lihat pesawat dalam keadaan senget sebelum dengar bunyi dentuman kuat,” kata seorang saksi kejadian pesawat ringan yang terhempas di Elmina, Seksyen U16 di sini pada Khamis.
Bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM Mohd Syahmie Md Hashim, 31, berkata, ketika itu dia dalam perjalanan ke Paya Jaras.
Ujar Mohd Syahmie, dia ketika itu sedang memandu kereta untuk menghantar barang dan pada mulanya menyangka kilang terbakar selepas terdengar bunyi dentuman.
Saya kemudian terus ke lokasi sebelum melihat pesawat itu sudah berkecai.
Komunikasi pertama yang dibuat oleh pesawat dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang adalah pada 2.47 petang dan pelepasan pendaratan diberikan pada 2.48 petang.
Pada 2.51 petang, Menara Kawalan Trafik Udara Subang menyedari kepulan asap dari lokasi nahas.
Pusat Penyelarasan Penyelamat AeronautikKuala Lumpur KL ARCC telah diaktifkan untuk menyelaraskan misi mencari dan menyelamat.
Siasatan keselamatan akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Kredit : Mstar/Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.