Sedia maklum, hebahan mengenai majlis tahlil dan bacaan Yassin buat pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih mesra disapa sebagai Abam Bocey sudah tular di media sosial sejak minggu lalu.
Tahlil buat Abam
Bahkan, rakan-rakan selebriti turut bersama-sama mengajak orang ramai bagi hadir ke majlis tahlil dan bacaan Yassin buat pelawak terkenal itu.
Rakan selebriti turut hadir
Menerusi laporan daripada Instagram Astro Gempak, kelihatan rakan-rakan selebriti turut bersama-sama hadir ke masjid Wilayah Persekutuan semalam.

Terlihat juga rakan-rakan selebriti seperti Dato’Ac Mizal, Mawi, Zed Zaidi dan ramai lagi menghadiri majlis itu yang dimulakan selepas waktu Magrib di dewan solat utama.
Dalam pada masa yang sama, kuliah Magrib atau perkongsian tentang Abam Bocey juga telah dilakukan oleh Ustaz Fakhrul Radhi. Dia merupakan salah seorang kumpulan UNIC. Perkongsian video menerusi Instagram Astro Gempak juga meraih perhatian sejak semalam.

Menjenguk kelaman Instagram milik kedua rakan karib Abam yang bersama-sama sebagai anggota kumpulan Bocey juga mengajak ramai-ramai hadir.
Diruangan komen, meskipun ada peminat dan pengikut yang berada jauh dan tidak berkesempatan hadir ke majlis tahlil dan bacaan Yassin membuatkan ramai meninggalkan maklum balas mendoakan buat Abam.
HimpunanCeritaLawak