Kuala Lumpur – Tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata, pelakon Janna Nick berkongsi jadual kerjaya seninya penuh sehingga tahun depan.

Janna bergelar isteri kepada pelakon Dini Schatzmann pada 10 Jun lalu mengakui merancang soal zuriat.

Kita merancang, namun jujur saya cakap perjalanan kerjaya seni saya, sekarang ini jadual saya agak penuh sampai hujung tahun. Jadi ruang untuk kita ada cahaya mata itu kalau diberikan rezeki Alhamdulillah.

Tapi seboleh-bolehnya saya nak anak saya zodiak Libra, jadi jika diikutkan pada tahun ini macam sudah tidak sempat.

“Entah kenapa saya meminati zodiak itu jadi InsyaAllah tahun depan. Itu kalau ada rezeki saya nak anak saya Libra. Apa pun kita hanya merancang saja,” katanya.

Rancang Dapat Zuriat

Berkongsi mengenai peralihan status, Janna mengakui masih menyesuaikan diri dengan peranan sebagai isteri.

Masih lagi dalam fasa tengah cuba untuk menyesuaikan diri. Biasalah, sebelum ini hidup bujang. Masih kekok bila orang mengucapkan tahniah dan sebagainya, rasa malu pun ada juga.

Saya hendak sebut suami pun rasa macam malu. Bila berada dalam industri ini saya masih lagi fokus dengan kerjaya.

Bukan hal peribadi dan saya anggap hal rumah tangga serta keluarga dalam skop peribadi saya.

Oleh itu, saya akan cuba seboleh-boleh untuk cuba asingkan peribadi dan juga kerjaya, katanya.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!