Petaling Jaya – Uqasha Senrose, 31, menjelaskan adegan berkemban dan berpelukan dengan pelakon, Amerul Affendi dalam filem Sumpahan Jerunei yang menjalani penggambaran empat tahun lalu adalah bagi memenuhi tuntutan watak.

Menurut Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, kedua-dua babak itu dilakonkan sebelum dia berkahwin dengan Kamal Adli yang juga pelakon.

Jika diamati skrip, adegan-adegan itu perlu bagi mencantikkan lagi jalan cerita filem ini. Selain belum berkahwin, ketika itu saya juga masih solo dan tidak mempunyai sebarang komitmen dengan sesiapa.

Saya memang tidak boleh dicabar dan ingin melakonkan semua adegan sendiri tetapi ada batasnya.

Sebenarnya babak itu bukan berkemban semata-mata, tetapi ada lagi seperti membabitkan kewujudan hantu. Namun, ia dipotong, katanya.

Demi Watak

Uqasha berkata, ketika itu juga dia belum mempunyai sebarang ikatan dengan Kamal dan masih dalam fasa berkawan.

“Ini adalah kerjaya masing-masing dan tuntutan untuk menjayakan watak. Cuma bila sudah berkahwin berbeza batasnya,” katanya.

Selain babak itu, Uqasha juga melakonkan sendiri untuk babak membabitkan aksi lasak.

Setiap babak dalam filem itu sukar. Antaranya saya kena ikat dan naik atas pokok dan pokok jatuh depan muka. Saya juga melakonkan babak saya diikat dalam air.

Selain itu, saya juga melakonkan babak mandi dalam air sungai yang kotor dan menjadi tempat bahan buangan dari tandas di kampung berkenaan, katanya.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!