Kuala Lumpur – Tak dinafikan, setiap kali menjelang anugerah berprestij industri seni tanah air, pasti ramai yang menantikan ramalan keputusan daripada selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa.

Bagi Anugerah Bintang Popular Bintang Harian ke35 ABPBH35 Neelofa meramalkan tiga nama selebriti yang bakal memenangi anugerah tersebut.

Menerusi ciapannya di Twitter, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor meletakkan nama pelantun lagu Kau Sakiti iaitu penyanyi Amir Masdi di tempat yang ketiga.

Selalu Teka Mengena

Seterusnya, di tempat yang kedua isteri kepada PU Haris ini menamakan pelakon dan pelawak yang menjadi fenomena ketika ini iaitu Bell Ngasri.

Difahamkan, ini merupakan kali pertama Bell tersenarai dalam lima terbaik ABPBH setelah 37 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

Ibu kepada dua orang anak ini kemudian meramal nama pelakon wanita yang kian meningkat naik iaitu Anna Jobling di tempat yang pertama, mungkin kerana popularitinya menerusi drama Melur Untuk Firdaus.

Menjengah ke ruangan balas pula, rata-rata warganet bersetuju dengan ramalan yang dinyatakan oleh Neelofa dan percaya ramalannya tidak pernah mengecewakan.

Adakah ramalan Neelofa tepat?. Jangan lupa untuk saksikan malam kemuncak ABPBH35 dibawakan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur dan peminat boleh menyaksikan menerusi siaran TV3 atau menerusi live streaming di tonton bermula jam 9 malam.

Kredit : OB/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!