Kuala Lumpur – Pelakon, Remy Ishak mendedahkan dia dan isteri tercinta, Ezza Yusof dikurniakan cahaya mata lelaki pertama.
Menerusi perkongsian di Instagram, aktor filem Harum Malam itu memuat naik foto-foto bersama isteri dan anak tersayangnya.
Namun begitu, Remy masih belum mendedahkan nama putera sulungnya.
Alhamdullilah, Our Little Hero
Dalam hantaran berkenaan, Remy meluahkan rasa syukur atae kehadiran atas anak kecil ini dalam kehidupannya bersama isteri.

“Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dan rahmatNya. First baby and it is a boy! A hero! Terima kasih, Ya Allah,” tulisnya berserta tanda pagar ohbabyremy.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti mengucapkan tahniah dan menumpang gembira untuk kelahiran anak pertama Remy dan Ezza.
Sebelum ini, isteri tercinta Remy selamat bersalin pada 27 Julai lalu.
Dalam perkongsian tersebut, Remy sempat berkongsi keadaan isteri dan anaknya yang kini dalam kondisi yang baik dan sihat.
Assalamualaikum, alhamdulillah, isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11:17am, bertarikh 27 julai 2023. di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. terima kasih diatas kiriman doa dan ucapan tahniah. sekian terima kasih,” tulisnya.
Kredit : TV3/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.