MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dijemput oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah bagi menyaksikan majlis pengIslaman seorang pembantu peribadinya hari ini.

Beliau berkongsikan kisah tersebut melalui Facebooknya pagi tadi.

13 MAC 2020 | Pertemuan ke-3⁣

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan untuk mempersilakan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk hadir ke Majlis Pengislaman Kundang (Pembantu) Peribadi Raja Permaisuri Agong. ⁣

Suasana yang ringkas dan penuh kesyahduan. Menjunjung kasih Tuanku atas usaha dakwah yang dilakukan dalam Istana. Dirgahayu Tuanku.

13 MAC 2020 | Pertemuan ke-4 Sembah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KDYMM Seri Paduka Baginda YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menerima menghadap YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Majlis menghadap ini merupakan yang pertama selepas YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

SiakapKeli/TwitterDrZulkifli

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!