Sedia maklum, Hero Remaja pada 2020 akan mula mewarnai industri hiburan tanah air tidak lama lagi. Terbaru, mereka juga antara tetamu jemputan dirancangan Meletop malam tadi.

Kehadiran Hero Remaja bersama selebriti popular, Scha Alyahya semalam juga bagi memberitahu bahawa pertandingan ikon pemuda Malaysia yang dianjurkan oleh Majalah Remaja itu dapat ditonton episod pertama Hero Remaja bermula 27 Februari ini, pada setiap Khamis di Astro Ria.

Pasti saja temubual bersama jejaka-jejaka daripada Hero Remaja di rancangan Meletop membuatkan ramai terhibur. Ini kerana, pada malam tadi penonton dapat menyaksikan gandingan hebat Elly Mazlein atau mesra dipanggil Kak Lina Pompom bersama Nabil Ahmad.

Bukan saja kemunculan selebriti itu sebagai hos jemputan membuatkan ramai berpuas hati namun gelagatnya ketika menemubual jejaka-jejaka Hero Remaja juga membuatkan ramai tak kering gusi gara-garanya.

Manakan tidak, bukan sekadar temubual malah Kak Lina bersama Nabil Ahmad siap membuat joget yang kini menjadi trend dimana menjadi perhatian ramai iaitu joget Suling Sakti Spongebob dengan Hero Remaja.

Suling Sakti dengan Hero Remaja

Penggemar aplikasi TikTok pastinya sudah tahu akan kewujudan tarian ini yang sejak kebelakangan ini tular dengan bertemakan lagu ‘Suling Sakti’. Bahkan ramai telah menyahut cabaran itu.

Walau bagaimanapun, rata-rata menerusi laman YouTube Meletop juga turut terhibur dengan gelagat mereka sehinggakan meninggalkan pelbagai maklum balas diruangan komen.

Rata-rata penonton juga akui terhibur dengan Elly Mazlein yang turut sporting sebagai hos jemputan pada malam tadi.

“Ni sumpah sangat kelakar…”

HimpunanCeritaLawak

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!