Kuala Lumpur – Penyanyi Ziana Zain akui bukan mudah bergelar ibu tunggal atau berstatus janda selepas bercerai dengan suami lima tahun lalu.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana, 55, mendedahkan sehingga kini dia masih menjadi bahan umpatan orang.

Bukan senang, saya tiada suami dan besarkan empat orang anak. Kita kena tempuh banyak mulut orang yang ngeri kalau nak difikirkan.

Bila bawa gelaran J janda orang akan mengumpat macam-macam sampaimati cakap baju tak kena, balik malam, tak sedar diri. Saya berdoa agar Allah jaga saya.

Sebab Status Janda

Kadang-kadang saya akan nangis, itu lumrah. Tapi jika difikirkan sangat, kita akan murung. Cukuplah sudah empat tahun hidup begitu. Sekarang saya kena bangkit, katanya.

Ziana atau lebih mesra dengan panggilan Kak Gee itu ditemui selepas majlis sidang media pelancaran single duet dengan Hasif Upin dan video muzik berjudul Waktu, pada Khamis.

Tambah Ziana yang ketika ditemu bual tidak dapat menahan sebak, memberitahu dia kini telah bangkit dan kuat demi anak-anak.

Sekarang saya mahu fokus cari rezeki demi anak-anak yang banyak membantu dan menyokong dalam kerjaya saya.

“Dua anak saya Amar dan Aiman pernah ikut saya kerja. Bila mereka tengok bagaimana saya bekerja, mereka kata susahnya kerja mama sampaikan kalau saya bekerja, mereka tak mahu ikut kerana tak sanggup tengok saya,” dedahnya.

Ziana Zain bercerai dengan bekas suami, Armin Zaharin dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

Selain Amar dan Aiman, Ziana dengan bekas suami mempunyai dua orang lagi anak iaitu Muhammad Airil dan Siti Nur Kaseh.

Kredit : Astro/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!