Rasanya ramai masih mengingati dengan mini kembar pengacara dan selebriti popular, Neelofayang dikenali sebagai adik Naura atau nama sebenarnya Che Naura Auni Che Fadhlullah.
Penangan tular di media sosial, kehidupan adik Naura sering menjadi perhatian ramai. Kecomelan kanak-kanak berusia enam tahun ini tidak perlu dinafikan lagi dan selepas dirinya dikenali sebagai mini selebriti itu, kisahnya juga sering dinantikan buat peminat cilik ini.

Instagram adik Naura sering jadi perhatian peminatnya
Bahkan, menerusi laman Instagram beberapa keping foto Naura turut meraih ribuan tanda suka dengan jumlah pengikutnya yang kini sudah mencecah 200,000.
Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian juga satu keping foto adik Naura bersama kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila bersama anaknya, Jebat Jayden dimuat naik kelmarin.
Ternyata, ketiga-tiga yang tersenyum manis dalam foto berkenaan meraih perhatian peminat dan pengikut sehinggakan meraih lebih 24 ribu tanda suka dalam masa yang sekejap.

Lebih mencuitkan hati ramai, apabila reaksi comel Jebat Jayden memandang adik Naura membuatkan ramai meninggalkan pelbagai komen.

Sekaligus juga perkongsian foto berkenaan turut membuatkan rata-rata peminat dan pengikut dilaman Instagram masih akui bahawa adik Naura sangat mirip dengan Neelofa.
“Mesti Jebat konfius… hehe, napa Aunty Lofa jadi kecik”

“Ya Allah so cute, wajah serupa saja”

“Aik, Neelofa jadi kecik balik ke? Hahahaha cute”

HimpunanCeritaLawak/NauraBoniey