Kuala Lumpur – Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberi reaksi terhadap kritikan netizen yang menganggap perangainya makin teruk dan tidak senonoh usai bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof.

Ujar Puteri Sarah, dia hanya melakonkan watak mak-mak yang suka menyimpan makanan untuk anak cucu.

Saya melakonkan watak my mum yang suka simpan untuk cucu dia sebenarnya. Sebab tu tangan kecik sebelah tu cucu dia selalu tolong dia bungkus makanan.

Terdahulu, Puteri Sarah Liyana berkongsi video menggambarkan perangai mak-mak ketika sarapan pagi di hotel tidak habis dimakan.

Menerusi video yang dikongsikan, Sarah menunjukkan cara mak-mak membungkus makanan di hotel tatkala anak-anak tidak dapat menghabiskan makanan tersebut.

Sarah kelihatan menggunakan tisu untuk membalut sosej dan fries yang diambil olehnya sebelum memasukkan makanan tersebut ke dalam beg.

Jangan Terlalu Membenci

Katanya lagi, video gurauan tersebut tidak perlu diambil serius seperti mengganggu kehidupan harian orang di luar sana.

Yang terhibur Alhamdullilah. Yang sampai mental serious sangat dengan video ni especially acik-acik FB dan media sosial lain. Sarah cadangkan please let loose sikit.

Dalam hidup, jangan serius sangat. Jangan terlalu membenci dan emosi nanti cepat tua. Orang pun tau ni parody je kot.

Puteri Sarah juga mendoakan agar kehidupan netizen di luar sana dipermudahkan dan diberkati Allah.

Kredit : BN/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!