Kuala Lumpur – Pelawak dan penyampai radio Suria FM Shuib sedang menjejak seorang lagi pengguna media sosial yang membuat hantaran jelik dan fitnah terhadap dirinya.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, berkata, dia sudah cuba menghubungi individu berkenaan namun komen dan mesej yang ditinggalkan tidak dijawab.

Pelawak itu turut bertegas agar individu berkenaan segera tampil sebelum tindakan undang-undang diambil terhadapnya.

Yang nombor dua ini individu kedua saya rasa apa yang dia kongsi dan komen itu terlalu melampau. Saya tidak pernah jumpa dia, kenapa tulis macam itu?.

“Kalau ada bukti, silakan jumpa depan-depan,” katanya.

Shuib berkongsi mengenai perkara tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di Instastory miliknya pada petang Isnin.

Individu berkenaan menimbulkan kemarahan Shuib apabila membalas salah satu komen ditinggalkan pengguna media sosial lain dengan melahirkan rasa kasihan terhadap Siti Sarah yang didakwa menjadi mangsa.

Sebelum ini, Shuib ada berkongsi paparan pengguna media sosial yang bercakap buruk tentang dirinya termasuk mengaitkan kematianisterinya iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin sebagai satu perkara dirancang dan ada kaitan dengan sebuah organisasi F.

Menerusi hantaran berkenaan, individu tersebut mendakwa Siti Sarah ditidurkan secara paksa kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu mengandung tentang risiko tidak mengambilvaksin.

Apa Salah Saya

Dalam pada itu, Shuib memberitahu dia sudah pun menghubungi individu tersebut dan akan bersemuka dengannya dalam satu pertemuan pada Selasa.

Shuib turut meluahkan rasa kesal apabila ada pihak mudah menuduh sekaligus menyebar fitnah tentang dirinya.

Selama ini saya banyak berdiam diri di sosial media, namun saya dihentam dan diperli. Saya sendiri tertanya apa salah saya kepada anda semua.

“Memang sedih sebab saya tak kacau atau buat apa-apa pun. Kalau saya ada buat salah saya minta maaf,” ujarnya.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!