Kisah adik Ainul Mardhiah yang ada ketumbuhan di bahagian mulut tahun lalu benar-benar membuka mata banyak pihak. Hasilnya, dia telah diterbangkan ke London bagi mengharungi yang akhirnya membuahkan kejayaan.

Hampir setahun peristiwa tersebut berlaku, kini Ainul Mardhiah semakin sihat dan comel seperti kanak-kanak lain. Membesar dengan baik, Ainul dilihat sudah pandai duduk dan mulai berjalan keluar bersama ibu dan bapanya.

Ikut walid pergi kerja

Bapanya, AHmad Safiuddin juga tidak lokek berkongsi gambar terbaru Ainul bagi tatapan warganet. Bayi kesayangan ramai itu juga menjadi perhatian setiap kali muat naik di media sosial dilakukan.

Hari ini, bapanya telah membuat posting gambar Ainul yang berada di kedai milik keluarga dalam keadaan duduk di kerusi.

Suka perhatikan orang

Menurut bapanya lagi, Ainul sedang ralit memerhati pelanggan yang hadir ke kedainya sambil duduk diatas kerusi. Ahmad Safiuddin juga sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa apabila besar nanti, Ainul bolehlah membantunya di kedai.

Geram tengok pipi pau dia

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh Ahmad Safiuddin itu, rata-rata warganet seperti biasa memuji kecomelan adik Ainul yang terlihat begitu berbeza dengan gambar tular ketika dia masih bayi dahulu.

Mereka juga sempat mendoakan agar Ainul terus menbesar dengan sihat dan turut berharap agar urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.

Bukan main comel lagi

OhMyMedia/AhmadSafiudinn

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!