Selesai menjalani kursus ketenteraan di United Kingdom pada Disember lalu, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah kembali berkhidmat di tanah air.
Menerusi laporan media tempatan, baginda berkenan turun padang bagi menghadiri pelbagai program yang dianjurkan di sekitar Pahang demi bertemu serta beramah mesra dengan rakyat tercinta.
Terbaru, sekeping gambar baginda yang kelihatan sedang bersantap menikmati juadah nasi lemak di sebuah warung menjadi tumpuan warganet untuk memberikan komen.

“Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bersantap Nasi Lemok Sotong Selambok di Pekan Riverfront, petang tadi (dua hari lalu).
“Aokmer rodong-rodong Pekan dah cuba? Besor amat sotongnya. Se’eh perut kalau dapat sotong besor gitu!,” tulis kapsyen posting berkenaan.
Rata-rata netizen terliur dan mengakui kelazatan setelah melihat menu tersebut selain memuji keperibadian Tengku Hassanal yang dikagumi ramai.
Sedap sangat Tuanku!

Anak raja berjiwa rakyat

OhMyMedia/IGHouseOfPahang