Gambar dan video penyanyi R&B terkenal Amerika Syarikat, Akon yang kelihatan sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah bersama ahli keluarga serta rakan selebriti tular di media sosial.

Beberapa pengguna akaun Twitter berkongsi posting mengenai penyanyi berusia 46 tahun itu dengan meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar urusan ibadahnya dipermudahkan Allah SWT.

Akon berada di Makkah!

Semoga Allah terus membimbingnya

Dan permudahkan urusan kita juga

Umrah yang pertama?

Memetik laporan The News, pemilik nama Aliaume Damala Badara Akon Thiam itu telah mengadakan konsert jelajah di Arab Saudi sebelum menuju ke Tanah Suci.

Terima kasih Saudi!

Dalam satu temu bual lain, penyanyi yang dilahirkan sebagai Muslim itu mengatakan bahawa kejayaan yang dikecapi selama ini adalah kerana pegangan teguh terhadap kepercayaan agama.

OhMyMedia

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!