Jangan terperdaya dengan usia muda, aj4l boleh datang pada bila-bila masa sahaja jika Tuhan berkehendak, tiada kuasa untuk kita menahannya.
Terkesan dengan ketiadaan mengejut dua rakan selebriti iaitu Ashraf Muslim dan Abam Bocey, telah membuka mata penyanyi dan pengacara Alif Satar untuk membuat persedian awal demi masa depan keluarganya.
Dah buat wasi4t awal2
Sedar akan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga masih panjang lagi, Alif Satar dikatakan telah membuat pelan perwarisan harta daripada sekarang, buat isteri dan anak-anaknya.

Tak tahu berapa lama kita hidup
Bagi Alif, dia telah membuat surat itu sejak daripada kelahiran anak pertamanya lagi, meskipun proses ambil masa namun ia sesuatu yang amat penting untuk dilakukan oleh ketua keluarga.
“Orang selalu cakap supaya buat simpanan, tetapi sepatutnya anda perlu buat plan tersebut. Saya sebenarnya tak berapa pandai buat benda ni, tapi ia tetap perlu dibuat…”

“Saya dah buat sejak lahir anak pertama. Kita tidak akan tahu berapa lama kita akan hidup…”

Hidup ini di tangan Tuhan. Justeru, tindakan Alif ini adalah sangat tepat kerana sementara masih hidup inilah kita perlu membuat persediaan awal demi memastikan masa depan keluarga kelak terjamin.
OhMyMedia