Kuala Lumpur – Aktres Diana Danielle menamatkan spekulasi konon sudah bertemu pengganti bekas suami, Farid Kamil selepas memuat naik foto menampakkan dirinya memegang tangan seorang individu di sebuah premis dipercayai restoran, baru-baru ini.

Diana atau nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson, 32, menjelaskan tangan yang dipegangnya itu adalah rakan wanita yang hanya dikenali Yien, ketika pelakon filem Imaginur itu hendak meninggalkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini, petang semalam.

Pegang tangan Yien sambil menunjukkan rakannya itu yang duduk di kerusi pemandu kereta yang dinaiki,” katanya sebelum beredar sebaik prosiding tuntutan hadanah di mahkamah itu, berakhir.

Sebelum ini, melalui hantaran Instagram IG, Diana memuat naik beberapa foto yang memaparkan dia memegang tangan seseorang lantas mencetuskan spekulasi apakah dirinya sedang dilamun cinta.

Entri itu turut menyertakan pautan tiga akaun IG rakannya yang lain.

Akhirnya Terjawab

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet terkejut melihat hantaran itu dan mempersoalkan tindakan Diana seakan melanggar tempoh idah.

Pada prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam, Hakim Syarie, Zulfikri Yasoa menetapkan hak penjagaan penuh dua anak mereka, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 diberikan kepada Diana.

Prosiding itu turut membenarkan Farid yang juga pengarah filem Rempit 2 ini untuk melawat anak-anak mengikut terma dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Kemelut rumah tangga Farid dan Diana atau nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson, 32, berakhir dengan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Subang pada 10 Ogos lalu.

Lafaz cerai dilakukan Farid menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Diana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Ini kerana Farid selaku defendan dalam kes lafaz cerai tidak dapat hadir ke mahkamah kerana masih tidak sihat akibat pasca C0VID19.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Kredit : BH/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!