Selepas mengikat tali pertunangan pada minggu lepas, pelakon cantik Tasha Shilla dan pasangannya, Muhammad Atiq Idris sah menjadi suami isteri sebentar tadi.

Nikah pagi Jumaat

Memilih tarikh 28 Februari 2020, Tasha dan Atiq selamat diijab kabulkan dengan menerima mas kahwin sebanyak RM800 dan dinikahkan sendiri oleh bapa pelakon tersebut.

Cantik berhujab serba putih

Memilih melangsungkan pernikahan di Dewan Utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Tasha dan suami terlihat manis berbaju serba putih.

Suasana pernikahan yang berjalan lancar ini tenang dengan kehadiran ahli keluarga masing-masing.

Tunang minggu lepas

Sebelum ini, Tasha dan Atiq telah selamat bertunang pada 23 Februari lepas di sebuah lokasi di Empire Damansara secara tertutup dengan kehadiran saudara mara terdekat sahaja.

Semoga ikatan yang terbina sebentar tadi terus berkekalan sehingga ke anak cucu. Selamat pengantin baru buat mempelai dan tahniah diucapkan.

OhMyMedia

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!