Akhirnya terjawab juga teka-teki cinta hati pelakon Fatimah Rohani Ismail atau dikenali Emma Maembong yang baru sahaja selesai diijabkabulkan dengan seorang juruterbang iaitu Muhammad Shazli Azhar.
Majlis pernikahan telah diadakan secara tertutup di Bukit Damansara pada sekitar jam 11.50 pagi tadi.
Dengan sekali lafaz

Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri dinikahkan Penolong Pendaftar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz berwalikan bapa pengantin perempuan.
Dihadiri 300 orang sahaja
Perkenalan singkat hanya beberapa bulan telah menyatukan mereka berdua. Emma Maembong menerima mas kahwin sebanyak RM2ribu bersama senaskah Al-Quran. Majlis tertutup itu turut dihadiri seramai 300 orang sahaja termasuk keluarga rapat dan rakan media.
Ringkas tapi cantik

Pelakon wanita itu mengenakan persalinan rona putih rekaan Ezuwan Ismail. Sungguh ringkas tapi cantik persalinan pasangan ini.
OhBulan