Kuala Lumpur – “Maaf tanya. Siapa ini? Pelakon ke?”. Video temubual disediakan di bawah.
Demikian sebaris ayat yang ditinggalkan oleh pelakon, Nabila Huda di ruangan komen sebuah portal hiburan yang menyiarkan temu ramah bersama pelakon, Nad Zainal, semalam.
Komentar itu sekali gus mencetuskan persoalan mengenai hubungan dingin beberapa rakan artis termasuk pelakon filem Rahsia itu dengan isteri kepada pelakon, Ungku Ismail Aziz.
Sedangkan, Nabila dan Nad sebelum ini merupakan sahabat baik serta kerap memberikan kata-kata semangat dan menziarahinya di hospital.

Spekulasi mengenai hubungan renggang beberapa rakan artis timbul selepas ibu dua anak itu pulih akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan dimasukkan ke unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta, November tahun lalu.
Bimbang dengan kos rawatan yang perlu ditanggung, rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya.
Tidak lama selepas keluar hospital, Nad kemudian bernikah dengan Ungku Ismail pada 23 Januari lalu.
Minggu lalu, pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad memaklumkan tali silaturrahim antara dirinya dengan Nad tidak akan pernah putus walaupun kali terakhir mereka berhubung sebelum Nad berkahwin lain.
Temubual Dengan Nabila
Selain Nabila dan Sherry, rakan artis lain seperti Sharifah Sakinah dan Nadiah Aqilah juga kerap menziarahi Nad ketika sakit.
Penampilan Nad di hadapan media juga mengejutkan ramai pihak selepas kali terakhir dia hanya mengeluarkan kenyataan semasa penggambaran telefilem Mendarat di Syurga, 12 Februari lalu.
Ketika tempoh menerima rawatan, Ungku Ismail turut memaklumkan tabung dana kecemasan bagi menampung kos perbelanjaaan rawatan Nad sehingga dana RM 270,000 berjaya dikumpulkan.
Dana yang dikutip menerusi akaun Pertubuhan Kebajikan As-Sidiq itu dimaklumkan akan dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuk pasca rawatan bagi membantu perbelanjaan Nad sepanjang tempoh berehat daripada sebarang penggambaran nanti.
Bagaimanapun, sehingga sekarang Nad masih berhutang jawapan dengan pihak media berhubung janji untuk menjawab segala persoalan tersebut bersama suaminya.

Penjelasan itu penting bagi meleraikan spekulasi yang timbul mengenai dana awam yang dikumpul ketika dimasukkan ke hospital.
Difahamkan, rakan-rakan artis yang rapat dengan Nad didakwa turut membantu melangsaikan kos perubatannya sepanjang berada di sebuah hospital swasta di Ampang.
Kredit : Kosmo/Astro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.