Kuala Lumpur – Pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib bersyukur dipertemukan dengan kanak-kanak perempuan mirip Allahyarham Siti Sarah yang dikenali sebagai Adik Miza.
Mengakui wajah Miza hampir sama dengan arwah isterinya itu, Shuib atau Shahmira Muhammad, 39, berkata pertemuannya dengan kanak-kanak itu sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduannya kepada Siti Sarah.
Pertemuan antara pelawak dan penyampai radio Suria FM Shuib dengan kanak-kanak mirip dengan Allahyarham isterinya Siti Sarah Raisuddin mengundang rasa gembira di hati bapa mentuanya.

Raisuddin Hamzah, 67, berkata, Shuib kelihatan teruja apabila berkesempatan bertemu dengan kanak-kanak berkenaan iaitu Normiza Najla Mustafa, 9, yang berlangsung pada Rabu.
Dia nampak terlalu teruja apabila bertemu dengan Miza, saya perhatikan sahaja Shuib. Dia nampak macam gembira sangat.
Masih Belum Bermimpi
Tambah Shuib lagi, sehingga kini dia masih belum bermimpi mengenai isterinya itu dan menganggap kehadiran adik Miza merupakan aturan oleh Allah SWT.
Tak sampai sebulan lagi sudah masuk tahun kedua arwah Siti Sarah tiada, jadi Allah anugerahkan saya dapat lihat figura tu kat depan mata adik Miza.
Sebab saya belum pernah mimpi Sarah sepanjang dia meninggalkan saya, sekali pun tidak pernah tetapi anak-anak dan keluarga saya rasa semua sudah mimpikan Sarah.
“Walaupun dia bukanlah Sarah, adik Miza tapi itulah anugerah Allah berikan kepada saya untuk ubati kerinduan saya terhadap arwah,” katanya.
Dalam pada itu, Raisuddin berkata, sebelum ini dia dan isteri Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra dengan panggilan Makder memberitahu Shuib tentang mahu bertemu dengan Miza di Kedah.
Bagaimanapun katanya, Shuib ketika itu masih belum menunjukkan sikap teruja sehinggalah dia menonton sendiri video dia dan kanak-kanak itu yang dimuat naik di Instagram dan minta agar mereka dipertemukan.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.