Global – Meski ditawarkan bayaran lumayan, Agnez Mo enggan mempertaruhkan prinsipnya dengan mengadakan persembahan di kelab bogel.
Penyanyi yang kini mencipta nama di persada muzik antarabangsa, Agnez Mo mendedahkan pernah mendapat tawaran untuk membuat persembahan di sebuah kelab bogel.
Penyanyi yang sebelum ini mesra disapa sebagai Agnes Monica berkata, tawaran tersebut ditolak biarpun ditawarkan bayaran lumayan sekitar AS$ 25,000 RM 116,000 satu malam.

Tolak Tawaran
Budaya mereka berbeza, di sana lagu-lagu urban biasa dipromosi di kelab termasuk kelab tarian bogel.
“Waktu itu saya disuruh datang hanya 30 minit dan dibayar dengan harga yang lumayan untuk berada di kelab malam bogel terbabit,” ujarnya.
Agnez bagaimanapun tidak menganggap persembahan di kelab bogel sesuatu yang terlarang, namun bertentangan dengan prinsipnya.
“Saya tidak mahu usaha untuk sampai ke tahap ini akan rosak hanya kerana itu,” ujarnya.
Kredit : Kosmo/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.