Mohamed Anthony John Sinclair menyampaikan ucapan penghormatan terakhir untuk Ashraf Sinclair, anaknya, di San Diego Hills Karawang, Jawa Barat, Selasa.

Dalam ucapanya di atas pusara, dia menyampaikan ucapan terima kasih kepada Bunga Citra Lestari yang telah mencintai Ashraf.

Tidak hanya itu, melihat cucunya Noah Sinclair yang juga hadir di tempat tersebut, membuat Anthony yakin bahawa Ashraf masih ada bersamanya.

“Noah sudah besar. Aku lihat pemuda yang sedang membesar, aku pikir Ashraf tidak pergi, Ashraf di sini. Ini mungkin berat untuknya berjauhan dengan Ashraf,” kata Mohamed Anthony John Sinclair.

Di situ pula, Bunga Citra Lestari yang mendengarkan pernyataan ayah Ashraf terus menangis.

Bunga Citra Lestari (lahir 22 Mac 1983) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Indonesia. Memulakan kerjayanya pada 2002, beliau terkenal dengan lagu “Cinta Pertama” dan “Ingkar” serta sinetron Bayu Cinta Luna.

Bunga berkahwin dengan Ashraf Sinclair, seorang pelakon Malaysia pada 8 November 2008. Majlis perkahwinan beliau adalah sangat mewah dan diraikan di 2 negara, Indonesia dan Malaysia.

Selepas mereka berkahwin, Bunga dan Ashraf membintangi dalam filem yang sama, Saus Kacang. Pasangan itu mempunyai anak pertama mereka pada pertengahan September bernama Noah Sinclair

Al Fatihah

Tribunnews

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!