Kuala Lumpur – Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mendedahkan kebaikan seorang pelakon dan pelawak terkenal yang rajin bersedekah tetapi tidak diwar-warkan.

Pelakon dan pelawak yang berasal dari Johor dan sudah berkecimpung dalam industri seni selama 15 hingga 20 tahun itu dikatakan membiayai segala bil di masjid dan surau di kampungnya.

Menurut Ustaz Kazim, semasa menyampaikan ceramah, kebaikan pelawak ini didedahkan sendiri oleh jiran ibu dan bapa selebriti tersebut.

Saya bersembang dengan orang Johor pagi tadi. Dia cerita jiran dia ini ada sebuah kedai makan. Anak kepada jiran dia ni pula seorang pelakon dan pelawak terkenal.

Dia kata, ustaz tahu tak pelakon dan pelawak anak mereka ini, segala bil masjid dan surau dalam kampung semua dia bayar, katanya.

Suka Bersedekah

Bukan itu sahaja, selebriti tersebut turut dikatakan tidak membenarkan ibu dan bapanya terus berniaga tetapi mereka enggan kerana memikirkan periuk nasi pekerja.

Anak mereka tak bagi mereka meniaga dah sebab anak bagi duit tiap-tiap bulan. Tapi mak dia nak meniaga juga sebab ada pekerja.

“Kalau dia tutup mereka ni susah. Jadi dia tetap buka kedai makan, bila orang datang beli tapi tak ada duit mereka bagi percuma,” ujarnya.

Menerusi tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata orang ramai mendakwa selebriti tersebut ialah Jep Sepahtu berdasarkan beberapa kriteria yang dijelaskan.

Antara Reaksi Orang Ramai

“Jep ni, sebab ada orang kampung Sari Yanti bagitahu juga Jep ni suka bersedekah. Mak Jep pun ada kedai makan dekat Terminal Kulai,” kata Shahidah.

“Jep ni. Sebab dia memang suka sedekah sebab pernah dengar dia bantu sahabat dia dalam kesusahan sedih dengar sahabat dia cerita dalam program televisyen,” ciap Umi Khalsom Ahmad.

Kredit : Kosmo/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!