Hari ini penantian pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ‘berakhir’ juga. Keputusan SPM 2019 telah keluar. Pastinya ia amat dinanti-nantikan.

Antara yang mendapat perkhabaran gembira adalah anak perempuan kepada penceramah selebriti iaitu Ustaz Kazim Elias, dimaklumkan telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Menerusi perkongsian di Facebooknya,  penceramah tersebut telah berkongsi keputusan anak perempuannya, yang memperolehi kesemua A dalam setiap mata pelajaran yang diambil.

Alhamdulillah… tahniah buat anak..
Terima kasih kepada guru-guru yang mengajar anak saya..dan semua staf Sek. Men. Sains, Tapah, Perak.

Melihat keputusan cemerlang, Rata-rata netizen mengucapkan ucapan tahniah atas kejayaan anak kepada pendakwah terkenal tersebut. Melihat keputusannya yang cemerlang, tentunta si anak berjaya membanggakan kedua ibu bapanya.

BERIKUT UCAPAN TAHNIAH DARIPADA NETIZEN

Ustaz Mohd Kazim Elias (lahir 28 November 1972) ialah seorang penceramah bebas dan personaliti media Malaysia.

Ceramah beliau banyak dimuat naik ke YouTube. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Datuk Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latar belakang masyarakat.

Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau.

Merupakan pengasas dan pengetua untuk Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg Manjoi, Ipoh, Perak. 

Datuk Ustaz Kazim juga banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan agama Islam.

Beliau sering dijemput untuk memberi ceramah disekitar tanah air terutama termasuk Singapura dan Brunei.

Selain itu juga dijemput menjadi ahli panel atau pensyarah di siaran-siaran televisyen dan radio utama nasional dan juga ceramah perdana.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!