Kuala Lumpur – Bagaikan cerita dongeng yang menjadi kenyataan. Itu yang boleh diperkatakan mengenai hubungan cinta penyanyi, Shila Amzah, 33, yang akhirnya menjadi milik pempengaruh media sosial, Ubai, 25.

Pasangan yang mula rapat sejak tahun lalu dan seterusnya bertunang pada 27 Mei lalu itu sah bergelar suami isteri pada majlis akad nikah apabila dinikahkan bapa Shila, Datuk ND Lala di Boathouse, Ampang, pada 5 Ogos lalu.

Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli tanpa berselindung berkata, single popular isterinya, Patah Seribu pada 2011 membuka hatinya untuk mengenali penyanyi bernama sebenar Nurshahila Amir Amzah ini.

Saya memang minat dia. Waktu itu saya tingkatan satu dah letak DP Display Picture Shila. Apabila Shila kahwin tiba-tiba, saya macam terkejut juga. Tak ada angin, tak ada cerita tiba-tiba kahwin.

Dulu duit belanja sekolah RM 3 merangkumi tambang bas dan makan. Dari situ saya simpan duit beli album Shila. Dah beli mak marah kerana setiap hari pasang.

Ramai Rasa Wajah Ubai Pelik

Sedia maklum, semalam majlis resepsi pasangan pengantin baru, Shila Amzah dan Ubai telah pun diraikan sekali lagi selepas seminggu bergelar suami isteri.

Video yang dimuat naik oleh sebuah portal di Instagram memaparkan pasangan tersebut berjalan masuk ke dalam dewan telah meraih perhatian ramai.

Ia susulan ramai menegur makeup Ubai yang kelihatan terlalu berlebihan untuk pengantin lelaki hingga menampakkan wajahnya kelihatan pelik.

Lagi-lagi apabila bibirnya kelihatan amat merah dan sudah seakan-akan sama dengan warna bibir isteri, Shila Amzah yang berada di sebelah.

Dalam pada masa yang sama, ada juga persoalkan kenapa Ubai perlu memakai make-up yang tebal sedangkan boleh saja memakai sekadar mahu muka tidak nampak pucat.

Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari tahun lalu.

Kredit : BN/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!