Kuala Lumpur – Jumlah undian keseluruhan yang diraih Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular ABP ke 35, Bell Ngasri masih kekal misteri sehingga hari ini.
Semasa keputusan tersebut diumumkan semalam, hanya nama pemenang sahaja disebut tanpa menyatakan secara terperinci mengenai jumlah undian yang diterima selepas Bell menjadi fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia.
Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 43, merangkul gelaran tersebut menewaskan pencabar terdekatnya seperti Aina Abdul, Anna Jobling dan Khai Bahar.
Bell turut mendedikasikan kemenangan ini buat ibunya, Habibah Jaafar dan sutradara tersohor, Allahyarham Mamat Khalid yang mencetuskan watak Barkoba.

Undian Penuh Bell Jadi Misteri
Pada masa sama, Bell turut membawa pulang trofi Artis Komedi Popular menewaskan pencabar terdekat Zizan Razak, Johan, Syahmi Sazli dan Jaa Suzuran.
Kali terakhir dia menerima anugerah adalah Anugerah Skrin 1998, menerusi kategori Aktor Pembantu Terbaik.
Untuk rekod, ABP ke 34 yang berlangsung dua tahun lalu, menobatkan Janna Nick sebagai Bintang Paling Popular dengan jumlah 86 juta undian direkodkan.
Haqiem Rusli pula yang membawa pulang trofi sama pada 2020 ABP33 meraih 22.3 juta undian daripada peminat secara dalam talian.

Kredit : Kosmo/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.